Wednesday, August 3, 2011

Penyerapan PSV dalam Literasi Bahasa

Kepentingan PSV

Mengembangkan peluang ekspresi dalam diri kanak-kanak.

Menyediakan kebebasan bersuara melalui bahasa seni.

Wadah untuk membangunkan potensi diri.

Menggalakkan kerjasama dan keharmonian dalam kumpulan.

Mengadun kuasa pemikiran kanak-kanak dan guru-guru.

Memberikan kesedaran kepada guru tentang perbezaan keupayaan seorang kanak-kanak.

PSV dalam Literasi Bahasa

Empat elemen yang boleh diguna pakai dalam penyerapan PSV ialah:

a. Bahan pengajaran mesti berguna.

b. Penglibatan murid secara maksimum semasa proses P&P.

c. Penggunaan bahan secara maksimum semasa proses P&P.

d. Memasukkan unsur pemikiran kritis dan kreatif.

Merancang Aktiviti

Terdapat lima jenis aktiviti PSV yang sesuai digunakan dalam aktiviti LB iaitu:

a. Kolaj

- Kolaj kertas

- Kolaj bahan jahitan

- Kolaj bijirin

- Kolaj bahan terbuang

b. Mozek

- Mozek kertas

- Mozek kain

- Mozek kulit kayu/kulit telur/mozek kulit kerang

c. Anyaman

- Anyaman kertas

- Anyaman reben

- Anyaman daun mengkuang

d. Ukiran

- Ukiran sabun

- Ukiran blok kayu

e. Mewarna

- Membina huruf tanpa ton warna

- Membina huruf dengan ton warna

PERHATIAN:

Tugasan dalam kumpulan akan diagihkan dalam interaksi nanti.

Semoga berjumpa lagi dalam interaksi akan datang.