Saturday, July 23, 2011

Menyediakan BBM untuk Penulisan Mekanis

Arahan :

1. Setiap kumpulan diminta menyediakan satu BBM untuk setiap aktiviti penulisan mekanis.

Aktiviti 1

MENULIS HURUF KECIL DAN HURUF BESAR DARI a HINGGA z. ..

• Latihan menulis secara bebas di atas kertas kosong.

• Latihan menulis huruf di atas garis tiga / dua.

• Latihan menekap huruf berdasarkan acuan.

• Latihan menulis di atas garisan putus-putus.

• Latihan menulis huruf kecil di atas kertas berkotak, bergaris empat, tiga dan satu.

• Latihan menulis huruf besar di atas kertas berkotak, bergaris empat, tiga dan satu.

• Latihan menulis huruf dalam kotak.

• Latihan memadankan huruf kecil dengan huruf besar.

• Latihan menulis huruf mengikut urutan.

Aktiviti 2

MENULIS SUKU KATA, PERKATAAN DAN AYAT TUNGGAL

• Mencerakin perkataan menjadi suku kata.

• Mencantumkan suku kata menjadi perkataan.

• Membina ayat tunggal berdasarkan gambar.