Tuesday, July 26, 2011

Bengkel Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik

Amali

Perkaitan bunyi huruf dengan melodi

Melagukan bunyi huruf ‘a’ – ‘z’ secara individu/kumpulan

Melagukan bunyi suku kata

Simulasi: berlakon membentuk huruf ‘a’ – ‘z’

Melaksanakan bacaan berlagu/nyanyian

Pelaksanaan 1

Kenalkan huruf kepada murid-murid (sama ada dengan menggunakan kaedah abjad,fonik,suku kata, pandang sebut)

Minta murid ulang beberapa kali

Perdengarkan melodi atau rentak lagu kepada murid

Guru tunjukkan contoh menggayakan rentak

Minta murid bersama-sama mengikut gerakan guru.

Pelaksanaan 2

Sesuaikan huruf dengan rentak lagu

Guru menyanyikan ‘Lagu Huruf’ berdasarkan rentak lagu yang sedia ada

Minta murid menyanyi bersama-sama

Kenalkan perkataan dua suku kata dalam lagu; utamakan struktur KVK, KVKV

Minta murid menyanyi berulang-ulang.

Saturday, July 23, 2011

Menyediakan BBM untuk Penulisan Mekanis

Arahan :

1. Setiap kumpulan diminta menyediakan satu BBM untuk setiap aktiviti penulisan mekanis.

Aktiviti 1

MENULIS HURUF KECIL DAN HURUF BESAR DARI a HINGGA z. ..

Latihan menulis secara bebas di atas kertas kosong.

Latihan menulis huruf di atas garis tiga / dua.

Latihan menekap huruf berdasarkan acuan.

Latihan menulis di atas garisan putus-putus.

Latihan menulis huruf kecil di atas kertas berkotak, bergaris empat, tiga dan satu.

Latihan menulis huruf besar di atas kertas berkotak, bergaris empat, tiga dan satu.

Latihan menulis huruf dalam kotak.

Latihan memadankan huruf kecil dengan huruf besar.

Latihan menulis huruf mengikut urutan.

Aktiviti 2

MENULIS SUKU KATA, PERKATAAN DAN AYAT TUNGGAL

Mencerakin perkataan menjadi suku kata.

Mencantumkan suku kata menjadi perkataan.

Membina ayat tunggal berdasarkan gambar.