Monday, August 22, 2011

Membina Bahan Pengajaran Bukan Elektronik

Aktiviti yang boleh dijalankan untuk proses membina bahan pengajaran bukan elektronik ialah:

1. Permainan Bahasa

2. Pemintal Lidah

3. Pasangan Minimal

4. Lakonan

Permainan Bahasa

Konsep – cara mempelajari bahasa melalui permainan.

Kelebihan:-

Membolehkan murid membiasakan diri menyebut sesuatu bunyi (perkataan, frasa atau ayat) dengan jelas, betul dan tepat.

Bertindak sebagai bahan rangsangan sama ada pada awal, pertengahan atau akhir pembelajaran

Dalam proses P&P, permainan bahasa lebih merupakan teknik mengulang kaji dan pengukuhan kepada murid.

Masa untuk permainan bahasa dianggap sebagai masa beristirahat yang berfaedah.

Murid berpeluang menggunakan kemahiran bahasa yang ada pada mereka dalam konteks dan situasi sebenar kerana biasanya murid akan bertindak balas secara spontan.

Ciri

Dapat mengukuhkan kemahiran bahasa murid.

Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik.

Memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi antara murid-murid, murid-guru.

Penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti.

Arahan dan peraturan yang jelas.

Dapat dijalankan dalam waktu dan tempat yang sesuai.

Contoh

Bingo Perkataan

Mencari Perkataan Tersembunyi

Mencari Harta Kata

Silang Kata Dua Suku Kata

Arnab dan Kura-kura

Pemintal Lidah

Bermaksud satu ayat atau frasa yang mudah tetapi sukar untuk disebut dengan jelas dan tepat atau ungkapan yang direka bentuk mengandungi kata-kata yang mempunyai suku kata mudah, mempunyai persamaan rima dan ada kaitan ceritanya tetapi susah untuk disebut dengan betul dan pantas.

Kelebihan

Melatih murid untuk bercakap dengan baik

Memberi keyakinan kepada murid

Berfikir secara kreatif dan kritis

Mengelakkan perasaan malu

Menambah perbendaharaan kata sedia ada murid-murid terlibat.

Kelemahan

Sesuai untuk murid-murid bahasa pertama sahaja

Kurang menyeluruh kerana tidak sesuai untuk murid-murid yang cacat lidah

Perlukan latihan secara berterusan

Pasangan Minimal

Merupakan sepasang kata daripada bahasa yang sama dan terhasil hanya dibezakan oleh satu bunyi yang kecil tetapi dituturkan semula oleh para penuturnya sebagai dua perkataan berbeza.

Kelebihan

Melatih untuk sebutan dengan betul

Keyakinan kepada murid yang ada masalah sebutan

Mengelakkan perasaan malu

Menambah perbendaharaan kata

Kelemahan

Hanya sesuai kepada murid bahasa kedua dan bermasalah pembelajaran

Kurang menyeluruh kerana tidak sesuai untuk murid yang cacat lidah/bibir

Perlukan latih tubi berterusan

Perlukan murid menguasai asas suku kata terlebih dahulu

Lakonan

Merupakan pergerakan tubuh badan atau segala bentuk perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia.

Lakonan dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar atau meniru cara dan bentuk kegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat.

Penyediaan Skrip Lakonan

Menyediakan skrip lakonan yang bersesuaian dengan objektif pengajaran

Mempunyai tema yang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan mental murid

Kenal pasti kumpulan sasaran sebelum menulis skrip

Skrip juga harus mengambil kira kebolehan pelakon yang akan melakonkan watak

Skrip yang ditulis harus mengambil kira penglibatan murid secara keseluruhan bilik darjah

Skrip harus menggunakan bahasa yang mudah dan sesuai dengan kumpulan sasaran

TUGASAN

1. Hasilkan dua set permainan bahasa ( 2 kumpulan)

2. Hasilkan satu set pemintal lidah dengan menggunakan kreativiti sendiri berdasarkan dua kategori, iaitu menggunakan perkataan KV+KV dan KV+KVK ( 1 kumpulan)

3. Bina satu carta Pasangan Minimal berdasarkan: (1 kumpulan)

-3 huruf (tin-pin)

- 4 huruf (budu-buku)

- 5 huruf (baldu-baldi)

- 6 huruf (seluar-keluar)

Hasilkan sebuah skrip lakonan murid.Panjang skrip adalah untuk tempoh persembahan selama 10 minit. (1 kumpulan)

No comments:

Post a Comment