Wednesday, September 14, 2011

PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN BONEKA

Konsep Boneka

Objek @ bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang disesuaikan dengan bahanyang diceritakan.

Objek yang yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk haiwan,tumbuhan dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog mengikut sesuatu watak @ cerita.

Tujuan Penggunaan Boneka dalam Pengajaran

Mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan

Mengguna dan memperkukuh kemahiran bahasa melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan

Mempercepat dan mempermudah pemahaman murid terhadap sesuatu cerita, peristiwa atau isi pelajaran

Memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni

Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&P

Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan berkesan

Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman

Terangsang dan berminat untuk belajar secara tekal dan kekal

Jenis-jenis Boneka

Boneka Sarung Tangan

Boneka daripada alat sebenar

Boneka lidi

Wayang kulit

Boneka bertali

Boneka jari

Boneka tongkat

Boneka penuh

Jenis-jenis Pentas

Pentas kerusi

Pentas rentang

Pentas tingkap

Pentas pintu

Pentas meja

Pentas berlipat

Pentas terbuka

TUGASAN

1. Sila dapatkan maklumat lanjut berkaitan jenis-jenis boneka dan pentas.

2. Setiap kumpulan diminta menyediakan satu jenis boneka.

3. Setiap kumpulan akan diminta untuk melaksanakan simulasi pengajaran dengan menggunakan boneka.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment