Wednesday, September 14, 2011

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

1. APA DIA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA INDIVIDU?

  • Kaedah mengajar seorang guru dan seorang pelajar,
  • Untuk mengatasi kelemahan mengajar secara seluruh kelas
  • Sebuah kelas mempunyai pelajar yang berbagai kebolehan dan keupayaan,
  • kaedah kelas menguntungkan sebilangan kecil pelajar sahaja dan tidak semua individu, maka kaedah individu perlu,
  • belajar untuk mengembangkan kebolehan individu,
  • guru harus mengenal potensi murid-murid mereka, mengenalpasti masalah pembelajaran, merancang dan menyampaikan bahan pengajaran beasaskan kebolehan individu

2. APA DIA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA BERPASANGAN?

  • Satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan murid.
  • Boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur.
  • Tidak banyak menimbulkan masalah jika dibandingkan aktiviti secara berkumpulan.
  • Pergerakan guru lebih mudah – dari satu pasangan ke satu pasangan yang lain.

3. APA DIA PENGAJARAN SECARA KUMPULAN?

  • strategi pengajaran berpusatkan murid,
  • murid boleh menjalankan aktiviti pembelajaran melalui kumpulan mengikut kebolehan dan dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka.
  • Cara berkesan melibatkan murid secara aktif dalam proses P&P
  • Mendorong murid berkomunikasi antara satu sama lain dengan berkesan
  • Setiap murid yang terlibat akan merasa diri mereka sebagai individu yang setaraf
  • Peranan guru dikurangkan @ tidak diperlukan sama sekali

4. JENIS-JENIS KUMPULAN

  • MENGIKUT KEBOLEHAN

a. Satu kumpulan kecil murid cerdas

b. Satu kumpulan kecil murid sederhana

c. Satu kumpulan kecil murid lambat

  • PELBAGAI KEBOLEHAN

a. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil,

b. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil

c. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil

5. APA DIA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF?

  • Belajar secara kerjasama dalam kumpulan berbagai kebolehan,
  • Berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran
  • Tujuan mencapai kemajuan dan prestasi cemerlang
  • Murid melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam pembelajaran kumpulan,
  • Murid bertanggung jawab terhadap diri dan kumpulan (5-6 orang)

6. APA DIA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA KOLABORATIF?

  • Berusaha bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama
  • Pembelajaran secara kumpulan kecil, berbagai kebolehan
  • Matlamat intelek, sosial dan penyelesaian masalah disiplin bilik darjah,
  • Pembelajaran dapat ditingkatkan, kerjasama dapat dipupuk, masalah disiplin dapat dikurangkan.

7. BAGAIMANA PELAKSANAAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF DAN KOLABORATIF?

  • Aktiviti pembelajaran sekumpulan murid dibawah bimbingan guru, bertukar-tukar idea melalui perbincangan, menyumbang kemahiran masing-masing dalam mencapai matlamat kumpulan,
  • Kumpulan pelbagai kebolehan bekerjasama dan tolong menolong bagi menyelesaikan sesuatu projek pembelajaran
  • Sekumpulan murid yang mempunyai semangat bekerjasama dapat mencapai objektif pembelajaran dengan lebih cepat dan berkesan daripada uasaha secara sendiri,
  • Empat kriteria asas untuk pelaksanaan pembelajaran koperatif dan kolaboratif
    • Semangat kebergantungan
    • Kemahiran sosial
    • Kesedaran pertanggungjawaban individu
    • Penilaian kumpulan
  • Membahagikan murid dalam kumpulan yang sesuai dan beri nama setiap kumpulan,
  • Kumpulan terdiri murid pelbagai kebolehan,
  • Nyatakan objektif pelajaran, bahan-bahan pelajaran dan langkah-langkah melaksanakan aktiviti,
  • Nyatakan kemahiran kerjasama yang diperlukan,
  • Tegaskan penilaian kumpulan, kerjasama diperlukan dalam pembelajaran berkumpulan
TUGASAN

Sila kaji kekuatan dan kelemahan setiap kaedah dan teknik pengajaran di atas.

No comments:

Post a Comment