Wednesday, September 14, 2011

PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN BONEKA

Konsep Boneka

• Objek @ bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang disesuaikan dengan bahanyang diceritakan.

• Objek yang yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk haiwan,tumbuhan dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog mengikut sesuatu watak @ cerita.

Tujuan Penggunaan Boneka dalam Pengajaran

• Mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan

• Mengguna dan memperkukuh kemahiran bahasa melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan

• Mempercepat dan mempermudah pemahaman murid terhadap sesuatu cerita, peristiwa atau isi pelajaran

• Memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni

• Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&P

• Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan berkesan

• Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman

• Terangsang dan berminat untuk belajar secara tekal dan kekal

Jenis-jenis Boneka

• Boneka Sarung Tangan

• Boneka daripada alat sebenar

• Boneka lidi

• Wayang kulit

• Boneka bertali

• Boneka jari

• Boneka tongkat

• Boneka penuh

Jenis-jenis Pentas

• Pentas kerusi

• Pentas rentang

• Pentas tingkap

• Pentas pintu

• Pentas meja

• Pentas berlipat

• Pentas terbuka

TUGASAN

1. Sila dapatkan maklumat lanjut berkaitan jenis-jenis boneka dan pentas.

2. Setiap kumpulan diminta menyediakan satu jenis boneka.

3. Setiap kumpulan akan diminta untuk melaksanakan simulasi pengajaran dengan menggunakan boneka.

No comments:

Post a Comment