Monday, October 17, 2011
Soalan 2010
1. D
2. A
3. D
4. C
5. D
6. C
7. B
8. A
9. D
10. A
11. D
12. D
13. C
14. D
15. B
16. C
17. A
18 D
19 C
20 A
Wednesday, September 21, 2011
Pameran
JENIS-JENIS PAMERAN
• Pameran tetap
• Pameran bermusim
• Pameran bergerak
TUJUAN PAMERAN
• Memperkenalkan barangan dan perkhidmatan
• Memperkenalkan hasil penemuan baharu
• Menggalakkan percambahan idea
• Membolehkan institusi melihat secara dekat cita rasa, kehendak dan trend pengguna terkini
PROSES PENGENDALIAN
• Penubuhan AJK
• Mesyuarat Penyelarasan
• Kertas Kerja
• Pelan Tindakan – Promosi
• Laporan
PEMILIHAN TEMPAT
• Kondusif
• Mesra Pengguna
• Aspek Pencahayaan
• Strategik
• Kapasiti bahan pameran
• Peruntukan kewangan
• Susunan bahan
SUSUNAN BAHAN PAMERAN
• Pengkhususan
• Menarik dan sistematik
• Mudah
• Maklumat pameran
PEMILIHAN BAHAN
• Bahan terbaharu
• Terbaik
• Bermutu
• Mudah dan tahan lama
• Menepati tema
Rakaman Bunyi
KONSEP
Rakaman bunyi ialah proses memindahkan bunyi di persekitaran murid ke dalam pita rakaman
JENIS-JENIS BUNYI
1. Bunyi Alam
2. Bunyi Mekanikal
BUNYI ALAM
• Bunyi alam bermaksud bunyi-bunyi yang diperoleh di persekitaran manusia secara
semula jadi, iaitu ciptaan Tuhan
• Contohnya bunyi kicauan burung, haiwan peliharaan, haiwan liar di dalam zoo, guruh, air terjun, tanah runtuh, ombak dsbnya.
BUNYI MEKANIKAL
• Bunyi mekanikal pula ialah bunyi yang terhasil dari pelbagai benda ciptaan manusia.
• Contohnya bunyi kenderaan, bunyi alat muzik, alat pertukangan, pemotong rumput dsbnya.
Wednesday, September 14, 2011
PEMBINAAN BAHAN DENGAN MENGGUNAKAN POWER POINT
Konsep
• Merupakan perisian multimedia yang dibangunkan oleh Microsoft Coporation.(MO)
• Media komunikasi yang paling pop[ular dan digunakan secara meluas dalam pembentangan sektor awam dan swasta, terutamanya dalam dunia pendidikan hari ini.
Kebaikan Power Point
• Menarik
• Merangsang minda
• Mudah difahami
• Menjimatkan masa
• Penggunaan secara maksimum
• Mudah disimpan dan dibawa
Kelemahan Power Point
• Keselamatan
• Serangan virus
• Hak Cipta
• Kos membeli komputer dan ‘software MO’
• Masa untuk menghasilkan PP
Cara Menghasilkan Power Point Berkualiti
• Latar belakang
• Huruf
• Warna
• Gambar
• Hiasan
• Elemen Power Point
• Bunyi atau Sound
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN
1. APA DIA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA INDIVIDU?
- Kaedah mengajar seorang guru dan seorang pelajar,
- Untuk mengatasi kelemahan mengajar secara seluruh kelas
- Sebuah kelas mempunyai pelajar yang berbagai kebolehan dan keupayaan,
- kaedah kelas menguntungkan sebilangan kecil pelajar sahaja dan tidak semua individu, maka kaedah individu perlu,
- belajar untuk mengembangkan kebolehan individu,
- guru harus mengenal potensi murid-murid mereka, mengenalpasti masalah pembelajaran, merancang dan menyampaikan bahan pengajaran beasaskan kebolehan individu
- Satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan murid.
- Boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur.
- Tidak banyak menimbulkan masalah jika dibandingkan aktiviti secara berkumpulan.
- Pergerakan guru lebih mudah – dari satu pasangan ke satu pasangan yang lain.
- strategi pengajaran berpusatkan murid,
- murid boleh menjalankan aktiviti pembelajaran melalui kumpulan mengikut kebolehan dan dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka.
- Cara berkesan melibatkan murid secara aktif dalam proses P&P
- Mendorong murid berkomunikasi antara satu sama lain dengan berkesan
- Setiap murid yang terlibat akan merasa diri mereka sebagai individu yang setaraf
- Peranan guru dikurangkan @ tidak diperlukan sama sekali
4. JENIS-JENIS KUMPULAN
- MENGIKUT KEBOLEHAN
a. Satu kumpulan kecil murid cerdas
b. Satu kumpulan kecil murid sederhana
c. Satu kumpulan kecil murid lambat
- PELBAGAI KEBOLEHAN
a. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil,
b. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil
c. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil
5. APA DIA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF?
- Belajar secara kerjasama dalam kumpulan berbagai kebolehan,
- Berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran
- Tujuan mencapai kemajuan dan prestasi cemerlang
- Murid melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam pembelajaran kumpulan,
- Murid bertanggung jawab terhadap diri dan kumpulan (5-6 orang)
6. APA DIA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA KOLABORATIF?
- Berusaha bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama
- Pembelajaran secara kumpulan kecil, berbagai kebolehan
- Matlamat intelek, sosial dan penyelesaian masalah disiplin bilik darjah,
- Pembelajaran dapat ditingkatkan, kerjasama dapat dipupuk, masalah disiplin dapat dikurangkan.
7. BAGAIMANA PELAKSANAAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF DAN KOLABORATIF?
- Aktiviti pembelajaran sekumpulan murid dibawah bimbingan guru, bertukar-tukar idea melalui perbincangan, menyumbang kemahiran masing-masing dalam mencapai matlamat kumpulan,
- Kumpulan pelbagai kebolehan bekerjasama dan tolong menolong bagi menyelesaikan sesuatu projek pembelajaran
- Sekumpulan murid yang mempunyai semangat bekerjasama dapat mencapai objektif pembelajaran dengan lebih cepat dan berkesan daripada uasaha secara sendiri,
- Empat kriteria asas untuk pelaksanaan pembelajaran koperatif dan kolaboratif
- Semangat kebergantungan
- Kemahiran sosial
- Kesedaran pertanggungjawaban individu
- Penilaian kumpulan
- Membahagikan murid dalam kumpulan yang sesuai dan beri nama setiap kumpulan,
- Kumpulan terdiri murid pelbagai kebolehan,
- Nyatakan objektif pelajaran, bahan-bahan pelajaran dan langkah-langkah melaksanakan aktiviti,
- Nyatakan kemahiran kerjasama yang diperlukan,
- Tegaskan penilaian kumpulan, kerjasama diperlukan dalam pembelajaran berkumpulan
PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN BONEKA
Konsep Boneka
• Objek @ bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang disesuaikan dengan bahanyang diceritakan.
• Objek yang yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk haiwan,tumbuhan dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog mengikut sesuatu watak @ cerita.
Tujuan Penggunaan Boneka dalam Pengajaran
• Mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan
• Mengguna dan memperkukuh kemahiran bahasa melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan
• Mempercepat dan mempermudah pemahaman murid terhadap sesuatu cerita, peristiwa atau isi pelajaran
• Memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni
• Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&P
• Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan berkesan
• Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman
• Terangsang dan berminat untuk belajar secara tekal dan kekal
Jenis-jenis Boneka
• Boneka Sarung Tangan
• Boneka daripada alat sebenar
• Boneka lidi
• Wayang kulit
• Boneka bertali
• Boneka jari
• Boneka tongkat
• Boneka penuh
Jenis-jenis Pentas
• Pentas kerusi
• Pentas rentang
• Pentas tingkap
• Pentas pintu
• Pentas meja
• Pentas berlipat
• Pentas terbuka
TUGASAN
1. Sila dapatkan maklumat lanjut berkaitan jenis-jenis boneka dan pentas.
2. Setiap kumpulan diminta menyediakan satu jenis boneka.
3. Setiap kumpulan akan diminta untuk melaksanakan simulasi pengajaran dengan menggunakan boneka.
Monday, August 22, 2011
Membina Bahan Pengajaran Bukan Elektronik
Aktiviti yang boleh dijalankan untuk proses membina bahan pengajaran bukan elektronik ialah:
1. Permainan Bahasa
2. Pemintal Lidah
3. Pasangan Minimal
4. Lakonan
Permainan Bahasa
Konsep – cara mempelajari bahasa melalui permainan.
Kelebihan:-
Membolehkan murid membiasakan diri menyebut sesuatu bunyi (perkataan, frasa atau ayat) dengan jelas, betul dan tepat.
Bertindak sebagai bahan rangsangan sama ada pada awal, pertengahan atau akhir pembelajaran
Dalam proses P&P, permainan bahasa lebih merupakan teknik mengulang kaji dan pengukuhan kepada murid.
Masa untuk permainan bahasa dianggap sebagai masa beristirahat yang berfaedah.
Murid berpeluang menggunakan kemahiran bahasa yang ada pada mereka dalam konteks dan situasi sebenar kerana biasanya murid akan bertindak balas secara spontan.
Ciri
Dapat mengukuhkan kemahiran bahasa murid.
Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik.
Memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi antara murid-murid, murid-guru.
Penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti.
Arahan dan peraturan yang jelas.
Dapat dijalankan dalam waktu dan tempat yang sesuai.
Contoh
• Bingo Perkataan
• Mencari Perkataan Tersembunyi
• Mencari Harta Kata
• Silang Kata Dua Suku Kata
• Arnab dan Kura-kura
Pemintal Lidah
Bermaksud satu ayat atau frasa yang mudah tetapi sukar untuk disebut dengan jelas dan tepat atau ungkapan yang direka bentuk mengandungi kata-kata yang mempunyai suku kata mudah, mempunyai persamaan rima dan ada kaitan ceritanya tetapi susah untuk disebut dengan betul dan pantas.
Kelebihan
Melatih murid untuk bercakap dengan baik
Memberi keyakinan kepada murid
Berfikir secara kreatif dan kritis
Mengelakkan perasaan malu
Menambah perbendaharaan kata sedia ada murid-murid terlibat.
Kelemahan
Sesuai untuk murid-murid bahasa pertama sahaja
Kurang menyeluruh kerana tidak sesuai untuk murid-murid yang cacat lidah
Perlukan latihan secara berterusan
Pasangan Minimal
Merupakan sepasang kata daripada bahasa yang sama dan terhasil hanya dibezakan oleh satu bunyi yang kecil tetapi dituturkan semula oleh para penuturnya sebagai dua perkataan berbeza.
Kelebihan
Melatih untuk sebutan dengan betul
Keyakinan kepada murid yang ada masalah sebutan
Mengelakkan perasaan malu
Menambah perbendaharaan kata
Kelemahan
Hanya sesuai kepada murid bahasa kedua dan bermasalah pembelajaran
Kurang menyeluruh kerana tidak sesuai untuk murid yang cacat lidah/bibir
Perlukan latih tubi berterusan
Perlukan murid menguasai asas suku kata terlebih dahulu
Lakonan
Merupakan pergerakan tubuh badan atau segala bentuk perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia.
Lakonan dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar atau meniru cara dan bentuk kegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat.
Penyediaan Skrip Lakonan
• Menyediakan skrip lakonan yang bersesuaian dengan objektif pengajaran
• Mempunyai tema yang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan mental murid
• Kenal pasti kumpulan sasaran sebelum menulis skrip
• Skrip juga harus mengambil kira kebolehan pelakon yang akan melakonkan watak
• Skrip yang ditulis harus mengambil kira penglibatan murid secara keseluruhan bilik darjah
• Skrip harus menggunakan bahasa yang mudah dan sesuai dengan kumpulan sasaran
TUGASAN
1. Hasilkan dua set permainan bahasa ( 2 kumpulan)
2. Hasilkan satu set pemintal lidah dengan menggunakan kreativiti sendiri berdasarkan dua kategori, iaitu menggunakan perkataan KV+KV dan KV+KVK ( 1 kumpulan)
3. Bina satu carta Pasangan Minimal berdasarkan: (1 kumpulan)
-3 huruf (tin-pin)
- 4 huruf (budu-buku)
- 5 huruf (baldu-baldi)
- 6 huruf (seluar-keluar)
Hasilkan sebuah skrip lakonan murid.Panjang skrip adalah untuk tempoh persembahan selama 10 minit. (1 kumpulan)
Monday, August 15, 2011
Tugasan Mingguan Kelas Pemulihan
Sunday, August 14, 2011
PENYERAPAN PJK DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MEMBACA & MENULIS
Kepentingan PJK
1. Membangunkan tahap kecergasan murid.
2. Tingkatkan kemahiran pergerakan asas, kreatif, sukan, dan gimnastik.
3. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak tentang Gaya Hidup Sihat.
Aktiviti PJK dalam Literasi Bahasa
Terdapat banyak aktiviti yang boleh digunakan untuk menyerap mata pelajaran PJK dalam LB,
antaraya:
Pancing Suku Kata
Teng-teng Perkataan
Boiling Suku Kata
Lari berganti-ganti
Beg abjad
Eja Nama Sendiri
Pemburu Abjad
Kadku Hilang
Sorok-sorok Abjad
Informasi Abjad
Telaga Abjad
Sepit Abjad
Amali:
Pilih salah satu daripada aktiviti di atas dan sediakan BBM untuk membuat simulasi permainan tersebut di kelas.
Wednesday, August 3, 2011
Penyerapan PSV dalam Literasi Bahasa
Kepentingan PSV
• Mengembangkan peluang ekspresi dalam diri kanak-kanak.
• Menyediakan kebebasan bersuara melalui bahasa seni.
• Wadah untuk membangunkan potensi diri.
• Menggalakkan kerjasama dan keharmonian dalam kumpulan.
• Mengadun kuasa pemikiran kanak-kanak dan guru-guru.
• Memberikan kesedaran kepada guru tentang perbezaan keupayaan seorang kanak-kanak.
PSV dalam Literasi Bahasa
• Empat elemen yang boleh diguna pakai dalam penyerapan PSV ialah:
a. Bahan pengajaran mesti berguna.
b. Penglibatan murid secara maksimum semasa proses P&P.
c. Penggunaan bahan secara maksimum semasa proses P&P.
d. Memasukkan unsur pemikiran kritis dan kreatif.
Merancang Aktiviti
• Terdapat lima jenis aktiviti PSV yang sesuai digunakan dalam aktiviti LB iaitu:
a. Kolaj
- Kolaj kertas
- Kolaj bahan jahitan
- Kolaj bijirin
- Kolaj bahan terbuang
b. Mozek
- Mozek kertas
- Mozek kain
- Mozek kulit kayu/kulit telur/mozek kulit kerang
c. Anyaman
- Anyaman kertas
- Anyaman reben
- Anyaman daun mengkuang
d. Ukiran
- Ukiran sabun
- Ukiran blok kayu
e. Mewarna
- Membina huruf tanpa ton warna
- Membina huruf dengan ton warna
PERHATIAN:
Tugasan dalam kumpulan akan diagihkan dalam interaksi nanti.
Semoga berjumpa lagi dalam interaksi akan datang.
Tuesday, July 26, 2011
Bengkel Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik
Amali
• Perkaitan bunyi huruf dengan melodi
• Melagukan bunyi huruf ‘a’ – ‘z’ secara individu/kumpulan
• Melagukan bunyi suku kata
• Simulasi: berlakon membentuk huruf ‘a’ – ‘z’
• Melaksanakan bacaan berlagu/nyanyian
Pelaksanaan 1
• Kenalkan huruf kepada murid-murid (sama ada dengan menggunakan kaedah abjad,fonik,suku kata, pandang sebut)
• Minta murid ulang beberapa kali
• Perdengarkan melodi atau rentak lagu kepada murid
• Guru tunjukkan contoh menggayakan rentak
• Minta murid bersama-sama mengikut gerakan guru.
Pelaksanaan 2
• Sesuaikan huruf dengan rentak lagu
• Guru menyanyikan ‘Lagu Huruf’ berdasarkan rentak lagu yang sedia ada
• Minta murid menyanyi bersama-sama
• Kenalkan perkataan dua suku kata dalam lagu; utamakan struktur KVK, KVKV
• Minta murid menyanyi berulang-ulang.
Saturday, July 23, 2011
Menyediakan BBM untuk Penulisan Mekanis
Aktiviti 1
MENULIS HURUF KECIL DAN HURUF BESAR DARI a HINGGA z. ..
• Latihan menulis secara bebas di atas kertas kosong.
• Latihan menulis huruf di atas garis tiga / dua.
• Latihan menekap huruf berdasarkan acuan.
• Latihan menulis di atas garisan putus-putus.
• Latihan menulis huruf kecil di atas kertas berkotak, bergaris empat, tiga dan satu.
• Latihan menulis huruf besar di atas kertas berkotak, bergaris empat, tiga dan satu.
• Latihan menulis huruf dalam kotak.
• Latihan memadankan huruf kecil dengan huruf besar.
• Latihan menulis huruf mengikut urutan.
MENULIS SUKU KATA, PERKATAAN DAN AYAT TUNGGAL
• Mencerakin perkataan menjadi suku kata.
• Mencantumkan suku kata menjadi perkataan.
• Membina ayat tunggal berdasarkan gambar.
Saturday, July 16, 2011
Contoh Aktiviti Penulisan Mekanis

Penulisan mekanis menggunakan Papan Abjad. Kreatif, menarik dan sangat praktikal. Huruf-huruf besar dan kecil boleh diasingkan di Papan Abjad lain. Panduan menulis seperti garisan titik-titik huruf juga boleh dimasukkan.

Panduan membentuk huruf ditunjukkan dalam bahan ini. Murid boleh diajar menggunakan jari dahulu membentuk huruf mengikut panduan tersebut.
